Jumaat, 30 Oktober 2009

Kecergasan berasaskan kesihatan

1. Daya tahan Kardiovaskular.

Komponen ini melibatkan organ jantung dan sistem pengaliran darah untuk berkerja bagi satu jangka waktu tertentu. Jantung berfungsi mengepam darah ke seluruh anggota yang berkerja untuk bekalan oksigen. Oksigen diperlukan untuk penghasilan tenaga bagi menggerakkan anggota tubuh badan. Jumlah oksigen pula bergantung kepada volume darah yang dihantar setiap kali denyutan. Ini akan memberi kesan terhadap bilangan denyutan jantung seminit sewaktu anggota badan berkerja.

Proses ini dinamakan sistem aerobik yang mana kehadiran oksigen diperlukan untuk penghasilan tenaga. Keupayaan otot jantung untuk mengepam darah beroksigen pada jumlah yang banyak tetapi kadar denyutan yang kurang akan membolehkan individu untuk terus berkerja bagi satu tempoh yang lama. Atlit marathon atau jarak jauh merupakan kelompok manusia yang mampu berlari jauh kerana mempunyai dayatahan kardiovaskular yang tinggi.

Sabtu, 3 Oktober 2009

Domain Kognitif guru PJ

Pengetahuan... sesuatu perkara penting yang perlu diutamakan oleh setiap insan bernama guru. Jika tiada pengetahuan, apa ilmu yang hendak diajar oleh seorang guru? Apakah ilmu yang perlu disampaikan oleh guru pendidikan jasmani di sekolah?

Berpandukan huraian sukatan pelajaran PJK KBSR, terbitan Pusat Perkembangan Kurikulum, terdapat tiga tunjang utama dalam PJK iaitu kecergasan, kemahiran dan kesukanan. Tiga tunjang ini sepatutnya sangat diketahui dan dikuasai oleh seorang guru PJK. Namun apa yang menyedihkan ramai guru yang mengajar PJK kurang tahu dan faham apa yang hendak dinyatakan dalam ketiga-tiga tunjang ini.

Kali ini, saya ingin lebih fokuskan kepada tunjang kecergasan. Kecergasan fizikal terbahagi kepada 2 iaiatu
  1. Berasaskan kesihatan - Daya tahan kardovaskular, daya tahan otot, kekuatan otot, fleksibeliti dan komposisi tubuh badan.
  2. Berasaskan perlakuan - ketangkasan, kelajuan, keseimbangan, masa tindak balas, kuasa dan koordinasi.

Masalahnya, sebilangan guru PJK tidak mengetahui dengan meluas komponen ini. Bersambung...

  1. Berasaskan perlakuan