Sabtu, 3 Oktober 2009

Domain Kognitif guru PJ

Pengetahuan... sesuatu perkara penting yang perlu diutamakan oleh setiap insan bernama guru. Jika tiada pengetahuan, apa ilmu yang hendak diajar oleh seorang guru? Apakah ilmu yang perlu disampaikan oleh guru pendidikan jasmani di sekolah?

Berpandukan huraian sukatan pelajaran PJK KBSR, terbitan Pusat Perkembangan Kurikulum, terdapat tiga tunjang utama dalam PJK iaitu kecergasan, kemahiran dan kesukanan. Tiga tunjang ini sepatutnya sangat diketahui dan dikuasai oleh seorang guru PJK. Namun apa yang menyedihkan ramai guru yang mengajar PJK kurang tahu dan faham apa yang hendak dinyatakan dalam ketiga-tiga tunjang ini.

Kali ini, saya ingin lebih fokuskan kepada tunjang kecergasan. Kecergasan fizikal terbahagi kepada 2 iaiatu
  1. Berasaskan kesihatan - Daya tahan kardovaskular, daya tahan otot, kekuatan otot, fleksibeliti dan komposisi tubuh badan.
  2. Berasaskan perlakuan - ketangkasan, kelajuan, keseimbangan, masa tindak balas, kuasa dan koordinasi.

Masalahnya, sebilangan guru PJK tidak mengetahui dengan meluas komponen ini. Bersambung...

  1. Berasaskan perlakuan

2 ulasan:

  1. Nak jadi guru PJK tu kena ada minat jugak... klu tak..letih laaa kat sek nanti..

    BalasPadam
  2. bag aku lak, minat bukan faktor utama. yang penting kita tau amanah kita. tau amanah, tau la cari jalan untuk belajar dan mengajar.sian kat bebudak kalu asyik kena lari 2 round padang bila time pj...
    apapun kita share kat sini.
    tq buat en. othman..
    sebab sediakan ruang untuk berkongsi..

    BalasPadam